20081016

Gas pemedih mata.

Dunia memang begitu,

Jika dua bertemu tiga,lima atau enam sahaja yang dapat nama.

Kasihan lapan,macam tak wujud dibuatnya.

Dunia memang begitu,

Tatkala hati sedang berkabung,yang disisi hanya ada satu.

Mana hilangnya yang beribu?

Dunia memang begitu,

Malam benci siang,siang anti malam.

Kasihan subuh dan senja,mereka selalu jadi mangsa.

Dunia memang begitu,

Jahat,singkat dan padat.

Tiada ulasan: