20081223

Ular besar Glasgow lapar nasi lemak agaknya.






















Siapa cakap aku tidur tak basuh kaki?

Fitnah yang ternyata bukan fitnah.

Waktu yang sesuai untuk comolot dalam gelap.

Disember,

Boleh tolong berambus cepat-cepat tak ?

20081222

Later.

Terus terang aku kata,

Nanti bila sampai masa,aku mahu bogel atas sofa empuk dan hadiahkan dia dengan sehelai kertas putih dan sebatang pensil.

Sebab aku mahukan jawapan di mana lokasi aku sebenarnya.

Babak ini aku panggil babak reverse.Kita tengok hati punya art macam mana.

Lagipun aku jarang sergah kaum hawa.

20081217

Sekarang baru aku sedar mengapa buku teks Pendidikan Moral penuh dengan gambarajah.

Baru sekejap tadi aku telah jadi penyelamat.

Ya,seekor tikus yang dipercayai masih bayi lagi telah terhutang budi pada aku.Terselamat daripada berada di dalam perut kucing pra baligh yang cuba belajar erti berdikari.

Senang cerita,belum sampai ajal untuk mampus.Izrail jauh lagi agaknya.Kebetulan,aku sesat ke tempat kejadian.

Memang remeh,aku tahu.Ketawa lah kamu puas-puas manusia.Silakan.

Remeh bagi kamu dan aku tapi berat malah rumit untuk mereka.

Sebab apa yang jadi tadi bukan calang-calang dugaan.Itu soal hidup dan mati.

Soal langit dan bumi.

20081216

Muak juga bila asyik dengar offensive statement yang sama.

Martian.

"Ah perempuan,jangan bagi muka sangat.Nanti pijak kepala" dan yang sewaktu dengannya.

Venusian.

"Benciiiiiii,lelaki semuanya sama,memang" dan yang sewaktu dengannya.

Babi.

Outdated.

Ini Tok Kaduk punya dialog beb.Tak relevan rasanya kalau main tarik tali di era karipap 3 ketul seringgit.

Moderate kan aku?

20081215

Sepenggal di penjara transit.

1998

Sungai Langat mungkin dahagakan nyawa aku.

Sebelum mata tertutup dan badan bertukar kejang,mujur ada tangan yang sudi membantu.Belum lagi rupanya.Orang tua-tua selalu kata air memang berhantu.

2006

Simpang tiga depan JPJ Ipoh tiba-tiba jadi lapar dan sangat jahat.Terbunuh,membunuh,atau kedua-duanya sekali.Adrenalin dalam badan memecut laju.

Dua saat yang buat aku termenung sekejap.Dua saat yang berjaya memaku lidah aku dan sahabat.Dua saat yang aku panggil Pulp Fiction.

*

Ya,aku masih wujud.Masih wujud sebab taiko belum panggil balik lagi.Dan aku masih terikat dengan siang dan malam yang bertukar ganti.Masih diperlukan dalam melengkapkan sandiwara hidup yang ada waktunya meloyakan.Masih mampu berdiri tegak untuk berjalan dan memimpin tangan.

Ada masanya manis,ada waktunya kelat.

Pttuih!

Siapa tahu esok lusa . . .

Go or Go Ahead.

Thank you for this bitter knowledge
Guardian angels who left me stranded
It was worth it
Feeling abandoned makes one hardened
But what has happened to love?

You got me writing lyrics on postcards
Then in the evenings looking at the stars
But the brightest of the planets is Mars
What has happened to love?

So I will opt for the big white limo
Vanity fairgrounds and rebel angels
You can't be trusted with feathers so hollow
Your heaven's inventions
Steel eyed vampires of love

You see over me
I'll never know what you have shown to other eyes
Go or go ahead and surprise me
Say you've lead the way to a mirage
Go or go ahead and just try me

Nowhere's now here smelling of junipers
Fell of the hay bales and over the rainbows
But oh Medusa, kiss me and crucify
this unholy notion of the mythic powers of love

Look in her eyes, look in her eyes
Forget about the ones that are crying
Look in her eyes, look in her eyes
Forget about the ones that are crying

Go or go ahead,go or go ahead
Go or go ahead and surprise me
Go or go ahead,go or go ahead
Go or go ahead and just try me

What has happened to love?

*Rufus Wainwright*

20081209

The final collapse.

Ekonomi dunia runtuh,pemimpin-pemimpin keparat yang sedang sedap goyang kaki mula kecoh.

The Star,Utusan Malaysia,Buletin Utama tak habis-habis dengan bencana tanah runtuh.Sana,sini,begitu dan begini.Sudah benjol terhantuk barulah mahu terngadah.

Akidah umat manusia pula setahu aku sudah lama runtuh.Runtuh dan akan terus runtuh ditelan masa dan waktu.Adat generasi dan kelahiran hujung.

Tunggu kejap,

Aku rasa langit pun sama,dah mula nak tercabut,

dan,

RUNTUH!

.

Sama-sama lah aku serta kamu lari bersepah nanti.

Lari kepala hotak kau.

20081208

Apa kata tahun ini kita sembelih unta.

Untuk segala jenis entiti/makhluk yang selalu menebeng atau buat-buat sesat tak tentu hala ke laman jahanam ini,salam korban aku ucapkan,walaupun iman aku baru sahaja terkorban gara-gara daun pakau dan buah dada sebentar tadi.

Ingat senang ke nak bersilat dengan dua ekor syaitan sekaligus?

Tidur ketat,mimpi manis.

Selamat mat.

20081204

Seumur hidup,aku belum pernah berkemban.

Ini ada sedikit salah faham.

Komen pada entri bertajuk Natalie (3) buat kemaluan aku mengamuk sekejap.

It's ok.Manusia memang senang buat silap.Aku pun dua kali lima juga.

Encik Selumbar,bak sini e-mail address kalau masih in doubt.Baru boleh tahu mantap ke tidak.

Anakecil dan Bilik Gelap,jangan gelak.Akak cubit karang.

20081203

Penyelesaiannya kamu akan kata dunia ini sangat kejam dan mula bencikan puisi.

Di sekeliling aku,ramai manusia akan geleng kepala bila sebut pasal cinta.Semua sudah malas,sudah letih dan hilang nafsu untuk cerita.

Tak apa.

Biasalah kawan,itu semua harta berguna.Harta berguna di masa akan datang.Sekurang-kurangnya kamu semua dan juga aku dihadiahkan pengalaman.Sebab kalau tuhan tak ketuk,kita akan terus terlena.

Mungkin juga semua itu adalah balasan akibat perbuatan dan tingkah laku yang terdahulu.Aku rasa,masing-masing pun tahu.Jadi,kamu semak balik karangan-karangan lama yang pernah kamu tulis.

Tak perlu lah gelar diri sendiri loser.Sumbang bunyinya.Bukan kamu seorang yang rasa.Ramai lagi yang nasibnya sama.

Why so serious?Joker kata.

Jadi,bila sudah recover,macam-macam lah agenda kehidupan yang direncana dan yang paling popular dan glam sudah pasti melibatkan pencarian cinta sejati.Cinta yang lebih stabil,kasih sayang yang tulus lagi suci,asmara yang tulen.Bukan apa,khuatir tewas lagi.

Best of luck.

Aku pernah dengar satu falsafah cinta.Falsafah yang mengatakan bahawa cinta yang agung dan sejati tidak boleh berakhir bahagia.Dalam erti kata lain hanya cinta yang gagal dan bersifat kecundang sahaja yang layak digelar cinta sejati.

Dan aku mula berfikir,

Habislah kamu wahai manusia-manusia hiba yang sedang mencari dan yang kononnya telah bertemu cinta ulung kamu.Bersiap sedialah untuk menonggeng lagi.In hell !

Celaka kau falsampah.

Syair (5)

Hai esok,Hello Lusa,Wassap tulat.

Selamat datang ke taman sekodeng.

Buat apa bazir masa tenung kebelakang lama-lama?Lampu isyarat sudah tukar warna.Teruskan meneroka,dan jangan buang percaya.

Errr kejap,

Banyaknya kakiiiiiiiiiii.

Telepopmusik - Breathe

Dulu beria mahu naik atas,sekarang merayu mahu turun bawah.Nak kena pancung?

Bila tengok budak-budak bawah umur berhimpun ramai-ramai main bola atas tar dengan berkaki ayam dalam renyai hujan,aku jadi cemburu.

Sambil hembus asap tembakau,aku layankan.

Seronok,penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan diikuti semangat setiakawan,jadi nakal dalam satu kumpulan.Dah macam pesta.Era hingusan yang telah lama aku tinggalkan.

Sigh.

Kalau ikutkan hati,memang menyampah bila aku tengok muka satu persatu.Wajah-wajah ceria yang bebas daripada sandiwara-sandiwara alam semesta.

Jauh daripada masalah-masalah yang kronik.Habis runsing pun mungkin sekadar memerah otak mencorakkan taktik-taktik kotor untuk memujuk bapa masing-masing membelikan Playstation3 dengan kad kredit.

Tak payah semak otak fikir pasal keadaan kewangan.Belum sampai tahap mandatori untuk mencongak kerjaya dan masa depan.Tak perlu bergelumang dengan kecelakaan jiwa akibat kecurangan jantina berlawanan.Apatah lagi,mahu sibuk-sibuk dengan politik longkang yang berleluasa sekarang.

Bebas,macam burung layang-layang.Otak dalam tengkorak yang masih virgin,masih bersih.Dan mungkin juga tiada paranoid dalam kamus mereka.

Bukan macam aku,minda sudah lobos.Lobos dengan macam-macam benda yang tajam dan melekit.Naik rimas kadang-kadang,tapi kontrak sudah sign,siap cop mohor lagi.Apa boleh buat?

Mahu tak mahu,memang kena hadap.Semuanya memang harus aku santap,perlu aku ratah.Tak kira dalam apa jua keadaan dan situasi.Dah macam jadi satu undang-undang.

Sumbat,sumbat dan terus menyumbat.Dan lagi,dan lagi,dan lagi,Yeahhhhh!

Akhirnya usus yang telah dipenuhi toksin dan racun mula buka mulut dan mengisytiharkan perang.

Bluueeekkkkkkkk.Bluueekkkkkkkk.

Muntah.

Muntah dalam format yang paling jijik dan ngeri.Lagi dahsyat daripada muntah perempuan seksi mabuk label hitam yang kemudiannya makan roti pisang bersama kari selepas menari.

If only i could be as cool as you kids.

20081202

Awas,lantai licin gila babi.

Di kaca televisyen dan di atas kertas,majoritinya segala konflik dan masalah akan dijodohkan dengan happy ending pada garisan penamat.

Fiksyen memang begitu.Manusia punya kerja,segalanya boleh jadi seronok,boleh puaskan hati semua orang,boleh cetuskan perasaan yang lazat-lazat.

Pembohongan secara tidak langsung.

Dan kadang-kadang penipuan itu disedut sedikit demi sedikit ke dalam kepala dan kemudiannya diekstrak oleh hati.Jadi,diluar sedar,ada waktunya kaki kamu tidak lagi berpijak pada bumi.

Kamu lupa untuk membina jambatan di antara realiti dan dongeng-dongeng ciptaan manusia sendiri.Salahkan itu,salahkan ini,tak puas hati sana,tak puas hati sini,maki takdir,caci situasi.

Mana adil.

Dan disebabkan itu,wabak yang menjangkiti kamu akan lebih rakus merebak dan mengakibatkan otak menjadi benak.Kamu lari dari penjara masalah,kamu salahkan nasib yang menimpa,kamu cipta dialog kasar dengan tuhan.Hakikatnya,kehidupan ini tidaklah sesukar yang dijangka dan tidaklah semudah yang disangka.

Jadi nasihat aku,kurangkan lah menonton telenovela/sinetron/akasia atau membaca novel-novel cinta pasrah terutamanya yang murah.Tak lupa juga,kuatkan semangat untuk berhenti membeli komik-komik yang mungkin berjudul Budak Getah.

Takut nanti cedera parah.