20080908

Dunia ini terlalu padat dan ketat.

Berapa kerat daripada kenalan dan manusia di persekitaran aku sekarang yang masih belum pernah ditunggang dan menunggang ?

Aku yakin bilangannya boleh dihitung dengan jari.Tak perlu sorok dan tak perlu malu.Halkum mahupun payudara,semuanya setara dan sama rata.Modenisasi memang tak pernah pilih kasih.Peradaban manusia akan sentiasa diperbaharui mengikut peredaran zaman.

Peranan dara ataupun virginity mungkin tidak sehebat dan klasik lagi berbanding 50 tahun terdahulu.Untuk segelintir wanita,ia bukan lagi piala berprestij untuk dipertahankan.Baik yang bertuduh labuh sehinggalah ke golongan kelab malam tanpa coli yang sering menjadi mangsa manusia-manusia prejudis.

Justifikasi external sudah agak lapuk untuk digunapakai di zaman menunggu langit runtuh ini.Jika kamu tutup rambut sambil tayang g-string,agak lucu jika kamu berlaku sinis terhadap golongan tak cukup kain tapi kenal tikar sembahyang.

Buat kaum lelaki yang kononnya mementingkan kesucian si bakal isteri,jangan cepat melatah sekiranya cadar malam pertama kamu tidak basah dengan darah,lebih-lebih lagi jika kamu sendiri pernah merasakan kenikmatan bersetubuh sebelum membina masjid.Anggap sahaja karma telah menunjukkan kekuasaannya terhadap kehidupan kamu.

Akal dan nafsu dipisahkan melalui satu jambatan.Pilihlah yang mana kamu suka.Itu hak setiap individu.Kamu,untuk kamu dan aku,untuk aku.

Belum tentu lagi kita semua akan berjiran nanti . . .

4 ulasan:

flip flop berkata...

setuju, lelaki jgan kaget bila tengok perempuan takda dara jika mereka sendiri sudah tidak ada teruna..

wat goes around comes around..=)

nafsu dan akal dipisahkan tetapi masih ada yg tidak menggunakannya=)

Melodilusi berkata...

Wah.

Defensive sungguh ya missy sity.

Shamimi berkata...

bt baik dbls baik, bt jahat dbls jahat...

gua percaya pd ini...tuhan itu maha adil...

blitzizni berkata...

ea.
dunia.