Untuk apa lahir ke dunia?
Jangan banyak cerita.Itu aku dan kamu yang pinta.Kita semua yang beria-ia untuk keluar ke sini.Ke sini bagi memulakan pengembaraan gila yang menjanjikan sejuta erti.
Aku pasti,manusia memang akan sentiasa berkehendak dan berhajat dalam menempuhi hari-hari sebelum mati.Aku yakin,kita semua mempunyai impian dan cita-cita tersendiri selagi bernafas di permukaan bumi.
Masing-masing ada visi unik yang mahu dilakar kendiri.Terlalu banyak perkara yang akan melintasi minda.Baik atau buruk,tinggi atau rendah,kuat atau lemah,tepuk dada tanya selera.
Manusia boleh dibeza secara biologinya.Apatah lagi kandungan sulit yang berpengkalan di dalam gua.Usah berhenti untuk melukis harapan selagi jasad dan roh masih bercinta.Essay atau karangan tanpa noktah memang mustahil dapat markah penuh.
Visual.
Maut.
Deepset - Every instance in time is a journey of hope menceritakan segalanya . . .
20080910
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan