20080904

Tiga puluh satu ogos.

Menjelang detik sambutan hari paling bongsu dalam bulan ogos,pemuda-pemudi metropolis yang hampir kesemuanya menyarung jersi kugiran kegemaran masing-masing galak berguling diselangi gelak tawa akibat obsesi terhadap wira-wira televisyen di zaman kanak-kanak.

Tindak tanduk yang hanya diperhatikan begitu sahaja oleh saki baki makanan yang terselamat daripada berkampung di dalam perut.

Malam makin hanyut dibawa waktu.30 minit sebelum hari seterusnya,seisi rabak sampai ke penghujung.

*

Berkat kata sepakat,maraton filem bermula.Ahli jawatankuasa makanan ringan dilantik untuk menambah perisa.

Tiada kesesakan lalulintas yang perlu dihadapi dan bebas daripada sebarang komitmen terhadap parti-parti yahudi.Mungkin juga sudah lali dengan pertunjukan bunga api.

Marc Foster memang babiiii!

Sekali imbas,31 ogos kali ini agak tenggelam dan samar.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas.

Sigh.

Barangkali gara-gara Permatang Pauh dan trend terhangat yang nampaknya makin sebati.Ya,sumpah laknat memang in thing hari ini.



2 ulasan:

Chika Chika berkata...

^_-

happy belated merdeka
boleh er?

Melodilusi berkata...

Boleh pengantin !