20081122

Natalie (3)

Rambut makin panjang.

Geram.

Kaki tirus aku apa khabar?

Hail to the chief?WTF?

Sana sini orang sibuk cakap tentang Barrack Obama.Tak perlu hairan,presiden baru Amerika Syarikat,dunia sejagat punya isu.

Dari pakcik-pakcik kerepot yang tinggal bini main dam di kedai kopi hinggalah golongan intelektual keparat di kubikel masing-masing.

Majoritinya gembira dan agak pro dengan kemenangan itu.Suka dan tumpang bangga apabila seorang lelaki berkulit hitam menjadi kapten di Rumah Putih.Demokrat,suara dan hak rakyat,harapan baru masyarakat dunia.

Kononnya lah.

Kalau dulu tak mahu pakai jeans Levi's,haram mencekik di McDonald dan tidak pernah menyundal disamping komputer riba di Starbucks.Sekarang,semuanya boleh berubah akibat terlalu yakin dengan revolusi rakyat Amerika.

Jadi apa sebenarnya permainan,muslihat dan percaturan polis dunia itu buat masa akan datang?Adakah kamu pasti bahawa semua daerah darah yang didalangi oleh mereka di seluruh pelusuk bumi selama ini akan pulih dan kembali suci?

Pelarian,kemiskinan,kebuluran,wabak penyakit,semuanya ada kaitan dengan Washington DC.Itu belum sebut pasal ekonomi dan perlembagaan seantero.Jadi,bolehkah semua ini dibaiki selepas ini?

Uncertainty.

Silap-silap lagi jahanam.Hitam atau putih bukan pita pengukur.Tak kiralah samada Clinton,Bush atau si mamat baru Pak Obama,Amerika tetap kekal Amerika.

Kalau kamu perhatikan dalam filem-filem Hollywood,yang bagus,yang kuat,yang kental,yang baik,yang hebat,semuanya datang dari Amerika.Semuanya mereka yang menang,mereka yang hero,dan mereka juga lah tuhan.It's all bullshit.

Amerika ludah dan kita semua jilat.

Cuba tanya pada diri kamu,sejak bila Amerika Syarikat itu malaikat?

Amacam?

Jangan suka sangat,nanti esok lusa menangis siapa susah?Mereka baru geletek kita sikit,tak payah melatah lebih-lebih.

Errr,Osama Laden sihat?Dengar cerita dah kahwin empat.

20081113

Apahal kau Jackie Brown?

Sunyi.

Maaf,keretapi delay.Driver terpaksa turun naik mahkamah syariah.Tuntutan fasakh kalau tak silap.

Sabar kejap ya.

Brb.

Oh ya,telefon bimbit aku masih sihat walafiat.

Tata.