20090129

Benang-benang yang terlucut.

Terima kasih undang-undang
Panah kamu bisa membutakan mata

Bravo limosin dan segenap jajahan
Racun kamu buat kami jadi bangsat dan jahat

Gua caya sama lu pangkat
Sepantas kilat kamu bawa aku jumpa kiamat

Tahniah kapitalis keparat
Kamu hebat dalam mengemudi tingkah dan laku umat

Syabas not-not kertas
Harini kamu tuhan dan kiblat
Kamu berjaya bogelkan kami sang manusia
Lalu kamu rakus menyetubuhi kami

Dan kami,
Seperti dalam buai . . .

Kilang lipas.

Semalam,papa-papa yang juga merupakan ahli mesyuarat tingkap di pejabat bersidang di sudut melepak,happy hour macam biasa.

"Kereta aku banyak lipaslah,kau ada idea nak buat macamana?"

"Mu try baygon,kawe dulu samo jugok.Kawe guno baygon alhamdulillah ok,takdok dah lepah tu.Tapi seminggu la kawe dok buko air cond.Bau lekak,tingkap sokmo"

"Uish,dah try dah.Tak jalan jugak la.Ini lipas darjat tinggi ni.Dah imune dah dengan chemical-chemical macamtu.Runsing betullah,aduh!"

Ahli-ahli forum,

"blablablablablablablablablablablabla"

Dan majoritinya kurang bernas.

*

*

"Alrite,aku dah tau satu cara lagi"

Ahli-ahli forum,

"Amenda?"

"Aku ingat aku kena slowtalk la dengan lipas-lipastu"

Exco-exco,

"blablablablablablablablablablablablablabla"

*

*

5.30.

Cabut.

Syair (6)

Radiohead - There there (The Boney King of Nowhere)

Operasi naluri sahaja belum cukup untuk membenarkan sesuatu yang diluar mampu.

Mungkinkah kita semua hanya satu kemalangan yang menunggu masa untuk berlaku?

Buntu.

Satu.

20090128

Puting beliung.

Kawan aku,seorang pengetuk tong kugiran bisu tanahair meluah dan mendedahkan perihal dan kemaskini terbaru kehidupan beliau.

Senang cerita,asmara sudah melanda.Selalu sangat naik langit,bukan sebab dadah berbata-bata,tapi hawa.Bekas pramugari yang sedang mengintai peluang buka bisnes sendiri katanya.

Perhubungan yang awalnya bercorak santai makin hari makin menjadi.

Jadi beliau cakap,

"Susah la kau takda dekat sini,yahoo messenger tak berapa praktikal"

"Banyak bunyi.Cerita sudah"

"Taktau la mat,aku rasa dia cantik sangat la"

Aku gelak kecil.

Dan aku kata,

"Apahal?WTF?Kau rasa kau tak handsome ke mat ?"

Be wise lad.Pegi beli cermin.Pegang elok-elok dan tengok betul-betul.Kalau imej yang kau nampak tu bukan selipar,means kau lulus.

Kau handsome mat,serius.Eksotik!

Takda masa aku nak bohong.

Dah,layankan dulu persembahan si cantik kau.Perkara berbangkit nanti kita cerita.

20090124

Dan bila esok datang kembali.

Some of us laugh,some of us cry,some of us smoke,some of us lie.But it's all just the way that we cope with our lives.

*James Walsh*

20090119

God is beautiful.

Gaza,Yahudi dan Amerika Syarikat.

Satu permainan jijik yang berkesudahan dengan timbunan dan gelimpangan mayat.Output yang semacam sudah tidak dapat dibendung lagi.

Fahaman-fahaman palat yang sudah sekian lama mengalir dalam tubuh masih dipegang erat oleh jin-jin zionis.Yahudi memang spesies anjing yang keras kepala,yang biadap,tapi malangnya,brilliant.

Ya,betul wahai dunia.Aku tahu kamu juga turut menangis di dalam.Kamu juga menzahirkan kebencian dan kecaman.Kamu juga mungkin sama-sama kencing berdarah.

Tapi hakikatnya,tiada apa yang telah dan bakal berubah.Kehancuran dan kezaliman masih kekal di singgahsana.Roket dan bom masih jadi makanan.

Boikot lah bermati-matian,berlonggoklah ramai-ramai,carut lah sejahat-jahat mulut.Yang pastinya seisi umat masih lagi menjadi penghuni penjara antik yang ditadbir si celaka.Berapa lama lagi kita semua akan bermastautin di bawah genggaman mereka?Aku tiada jawapan untuk itu.

Tambahan pula,kita semua tidaklah bertelur sangat pun.Aku rasalah.Kalau ada pun banyak yang kuncup.

Tuhan itu sangat indah dan mempersonakan.

Dan bila pagar-pagar besi milik iblis-iblis itu sudah mula meretak dan pecah suatu hari kelak,maka pulang lah kamu dan aku ke pelabuhan dengan segera.

Sebab rasanya dah tak lama dah.

And yes,all that is left is men.

Matahari makin tua.

Bintang-bintang sudah kerepot.

Air laut tawar semacam.

Meter paranoid aku jadi kurang siuman.Tapi seperti juga kamu,aku tak banyak pilihan.Cuma kiri dan kanan.

Mari berlumba sayang.

20090116

Inilah akibatnya apabila pejabat dipenuhi dengan papa-papa dan mama-mama.

Bos sebelum beredar dari bilik mesyuarat,

"Nak cari jodoh,kalau boleh biarlah kena pada tempatnya.Jangan merata-rata.Workplace and university will do.Barulah berkat.Jangan bedal je dekat shopping complex,tepi-tepi jalan,funfair.Tak berapa nak nice lah.Kalau jumpa waktu balik masjid dah kira cantik dah tu.Ngam"

Kecoh lah kau bos.

Memang tak banyak yang aku dapat re-act.Jadi aku cuma sengih macam kambing.

Habistu,kalau memang sudah noted bahawa aku akan temui perempuan aku di parti keramaian atau di tempat berkelah yang penuh dengan bikini macamana?

Lupa pula.Kau bukan tuhan bos.Kau pun akan lalu titi halus nanti,macam aku juga.

Cinta dan jodoh bukan saluran televisyen dan radio yang boleh kamu remote ikut suka.Lain macam aura dan kesan dia beb.Kamu tahu bila kamu akan mampus?

*

Pulang dari pejabat,aku merayap untuk menghirup angin petang sekitar metropolis.Sambil mendengar rangkap-rangkap puisi daripada Thomas Edward Yorke dalam Exit Music,

"Ah,just put it anywhere.We'll see how it goes.Kalau dah terpaksa bawa lari anak dara orang apa boleh buat"

Kan?

Jangan cakap besar.Lainlah kalau mata kamu boleh tembus dinding.

20090112

Pangkal tahun ini.



















































































































































































Banyak ruang dan waktu yang diisi dengan berpeleseran seorang diri,kecuali yang melibatkan pertunjukan bunga api dan permainan budak bisu.

Azam dan solusi aku cerita lain kali.First Aid Kit pun aku sudah upgrade.

Assalammualaikum 2009.Harap-harap kamu lebih menjadi.

Lagi satu,

Dengar cerita perut Kate Moss sudah ada isi.