Menjelang senja tadi,sebelum matahari bersembunyi,kediaman nenek disebelah abah menangis dijilat api.
*
*
*
Yang tinggal hanyalah sisa-sisa.
Aku tidak pernah pulang ke desa,kampung halaman aku memang dikota.Setiap kali tiba hari raya,aku jadi cemburu buta.
Kosong.Ibu negara lengang.Metropolis shut down.
Untuk tahun ini,aku cuma ada rambut raya.Tiada langsung persalinan baru.Yang lama masih setia.
Badan makin berat,perut bertukar bulat setelah bertempur selama sebulan.Alhamdulillah,genap 30 kesemuanya mengikut kiraan tidak rasmi aku.
Pulangkan Sharlinie dan harta-harta lain yang tidak berdosa dengan segera.Aku rayu kamu manusia.
Takbir suci sedang berkumandang.
Esok,1 Syawal.
Aku bukan seorang nabi.Ibu,telunjuk,hantu,manis dan kelingking aku susun rapi untuk mewakili lidah jahat,tangan kotor,kaki sumbang,mata gampang dan yang seangkatan.
Selamat buat semua.
20080930
Detik-detik terakhir 30 Ramadhan.
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 30, 2008
1 objek bertindak balas
20080924
Eve the apple of my eye.
Nokia merah jambu menyalak.
*
1 message received.
Broke up.___ ada scandal dekat office.God bless.
Hujung minggu ni aku teman kamu masuk gua.Kita debat sama orang bunian.I'm with you lad.
Always.
*
1 message received.
Broke up.___ ada scandal dekat office.God bless.
Hujung minggu ni aku teman kamu masuk gua.Kita debat sama orang bunian.I'm with you lad.
Always.
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Rabu, September 24, 2008
3
objek bertindak balas
Natalie (1)
Di sebuah dataran sunyi,
Kau duduk sendiri.
Bersilang kaki di atas kerusi.
Payung sakti kalis mentari.
Leo Tolstoy setia menemani.
Graviti mati.
Waktu berhenti.
*
Perempuan,
Aku hantukkan kepala berulang kali.
Ya,aku pasti aku bukan berada dalam movie?
Realiti gelihati.
Kau duduk sendiri.
Bersilang kaki di atas kerusi.
Payung sakti kalis mentari.
Leo Tolstoy setia menemani.
Graviti mati.
Waktu berhenti.
*
Perempuan,
Aku hantukkan kepala berulang kali.
Ya,aku pasti aku bukan berada dalam movie?
Realiti gelihati.
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Rabu, September 24, 2008
1 objek bertindak balas
20080917
Unclassified pattern.
Berapa kali setakat hari ini kamu sudah ucap Selamat Tinggal?
Merah.
Hijau.
Mana satu yang selalu?Pola hidup kamu sihat?Atau kamu lupa ambil berat?Jangan-jangan di I.C.U gara-gara tercekik paku.
Selisih malaikat 44!
Sekarang,cuba gigit lidah kamu.
Sakit?
Merah.
Hijau.
Mana satu yang selalu?Pola hidup kamu sihat?Atau kamu lupa ambil berat?Jangan-jangan di I.C.U gara-gara tercekik paku.
Selisih malaikat 44!
Sekarang,cuba gigit lidah kamu.
Sakit?
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Rabu, September 17, 2008
2
objek bertindak balas
20080916
Berapa dalam?
Perempuan Jepun
vs
Take That - How Deep is Your Love
*
Apa hubungan?Dasar talibarut.
Sial.
Nanti aku cuba refer Gary Barlow.
vs
Take That - How Deep is Your Love
*
Apa hubungan?Dasar talibarut.
Sial.
Nanti aku cuba refer Gary Barlow.
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 16, 2008
0
objek bertindak balas
Syair (2)
Apabila tenaga tidak memantulkan apa yang mahu dilihat sepasang mata,detik-detik awal perjanjian diingkari dan dibiarkan larut dalam ngeri.
Persoalan bertaburan ke lantai lautan.Adakah jarum saat yang bergerak itu suatu pukau bagi makhluk sejagat dan benarkah bumi kediaman ini bulat?Ayam atau telur yang muncul dahulu?Siapakah pula gerangannya pemilik mutlak keajaiban?
Akal berselisih dan kadangkala bertengkar dengan khayal.Selongkar dan terus menyelongkar,lalu mengalu-alukan tamat.
Dan disitu,mantik bukan lagi penentu . . .
Explosions in The Sky - Greet Death
Persoalan bertaburan ke lantai lautan.Adakah jarum saat yang bergerak itu suatu pukau bagi makhluk sejagat dan benarkah bumi kediaman ini bulat?Ayam atau telur yang muncul dahulu?Siapakah pula gerangannya pemilik mutlak keajaiban?
Akal berselisih dan kadangkala bertengkar dengan khayal.Selongkar dan terus menyelongkar,lalu mengalu-alukan tamat.
Dan disitu,mantik bukan lagi penentu . . .
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 16, 2008
2
objek bertindak balas
Sifat-sifat fizik.
Pokok-pokok makin malas hendak berbuah.Sains ternyata menyalakan api merah.Sebelum pena-pena patah,pulanglah bersama-sama dentuman guruh dan silauan petir ke muka surat pertama,ibu kepada segala ketagihan.
Hari ini,16 September.Layang-layang mungkin putus tali.Mungkin dan maybe-lah.
Facebook baru macam haram kan?
Hari ini,16 September.Layang-layang mungkin putus tali.Mungkin dan maybe-lah.
Facebook baru macam haram kan?
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 16, 2008
2
objek bertindak balas
Goodbye mr Axerrouse.
Jangan nakal-nakal dan buat raja-raja melayu murka.
Juga jangan lupa persalinan-persalinan terhad,poster dan cakera padat beta.
Ingat,jangan sampai aku bakar caravan kamu wahai Mickey.
P/S : I love you.Euuuwwww!
Juga jangan lupa persalinan-persalinan terhad,poster dan cakera padat beta.
Ingat,jangan sampai aku bakar caravan kamu wahai Mickey.
P/S : I love you.Euuuwwww!
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 16, 2008
0
objek bertindak balas
Korban saluran informasi habitat semulajadi.
Perut menjerit.
Main air,dan terus keluar mencari korban-korban lapar.
Nescafe tarik gelas besar di padankan dengan 2 keping roti petak.Taktikal dan percaturan mesti hebat,sebab kalau aku pesan roti canai bulat alamatnya aku akan jamah yang sahur semalam punya.Perang saraf dengan mamak,senjata mesti lengkap.
Pesanan selamat tiba di meja tanpa sesat.Tidak seperti kebiasaan.Aku tadah tangan ucap terima kasih atas keajaiban dunia yang kelapan dan mula makan.Berbuka puasa pukul 10 malam.What do you guys expect?Rakus lah sikit.
*
Di depan aku,skrin gergasi.Channel 556.
"Amacam?Selera makan?" kawan aku tanya.
"Babi punya khin-"
"-zir"
Kesian roti petak aku.Tak sempat.Lain kalilah ya.

Susulan aktiviti tawaf Masjidil Haram.
Di sebuah kopitiam di Jalan Ampang,setelah satu pusingan Lembah Kelang.
Tatkala intelek dan proffesional-proffesional melayu sedang rancak membincangkan agenda-agenda sulit masing-masing,aku ditemani sneakers cabuk,skinny jeans dan t- Munaf Rayani bersidai malas sambil mengeyit mata pada pada tiang besar Bukit Nanas.Mencipta dialog bisu di antara manusia dan tuhan.
Tilik nasib.
Aku capai telefon bimbit dan taip,
"Blablablablablablablablabla,kalau hantu semalam kacau kau lagi bagitau aku ok sayang?"
Terdahulu di lapangan dunia Sepang . . .
Dua kelibat sahabat jahat rancak berfoya-foya dengan minda dan lidah.Salah seorang daripada mereka sedang menyambut hari kedua puasa terkorban.KLIA pukul 5 setengah petang memang banyak iblis berkeliaran beb,high tea.Zat-zat Pall Mall merah membanjiri ruang udara di sekitar.
"Semalam,aku tidur ada jin kacau"
"What's wrong?"
"Aku mimpi kau datang tunjuk tiket kapal terbang.I just can't distinguish between dead and alive at all.Serious."
"Jin kuat tipu lah.Sifat mazmumah"
Next.

20080911
Syair (1)
Natalie dearie,
It was the moon that stole my slumber . . .
Silverchair - Across the night
It was the moon that stole my slumber . . .
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Khamis, September 11, 2008
0
objek bertindak balas
At long long long last.
Kamu perokok?
Capai kotak,ambil sebatang dan bakar sekarang.
Tiada abu yang mencium tanah.Itu peraturannya.Ashtray,pringles dan botol-botol kosong tak perlu masuk campur.Campakkan jauh-jauh gelojoh dan gopoh kalau bimbang permainan lekas tamat.Tumpuan dan ketelitian,secara automatik jadi sunat mua'kad.
Sedut,hisap dan pamkan kenikmatan itu ke dalam tubuh kamu.
(Jangan tersasar.Tiada kaitan dengan puting ataupun zakar)
*
*
*
Sampai mana kamu boleh bertahan?
Nampak mayat?

20080910
Lebih baik buat-buat pekak seketika.
Ini theori cinta seorang sahabat yang setahu aku tidak pernah khatam juzu'-juzu' daripada mana-mana kitab Ahadiat Akashah.
Mungkin lah,aku cuma teka.Malas mahu tanya soalan picisan.Aku sendiri pun belum pernah.Maklumlah,kononnya fragile.Bull shit!
"Relationship yang menuju retak,masih boleh diselamatkan dalam apa jua keadaan sekalipun,asalkan tidak melibatkan permasalahan yang dicetus pihak yang ke tiga"
Mahu atau tidak,aku harus anggukkan kepala.Ada kebenarannya disitu.Lazimnya,asmara segitiga akan mencipta gundah,pasrah dan silap haribulan ada kepala yang boleh pecah.
Tapi,
Itu kalau pasangan kamu hanya pandai main kayu tiga.Bagaimana pula jika wujud segiempat,pentagon,heksagon,heptagon dan seterusnya?Pastinya disaat itu baru kamu sedar bahawa pihan kamu selama ini salah,macam kongsi jarum dadah.Dan jika kamu tiada wudhu' pada waktu itu berapa banyak leher yang kamu akan tarah?
Oh,sungguh meriah.
Dunia kini memang penuh dengan wayang-wayang indah.Jadi,elakkan diri daripada terlalu cepat melatah.Kalau mahu menyesal,tak perlu sehingga 11 kali untuk sesuatu tindakan yang sama.Tapi kalau kamu sanggup,tiada apa-apa yang salah.
Ingat,tragedi berdarah boleh buat kamu jadi lebih kental dan gagah.Guru geografi kamu pasti pernah membebel tentang mata angin bukan?Barat daya berapa darjah?Bila lagi mahu beralih arah?
Mistakes don't mean a thing if you don't regret them.So better pack your tactic toes for the winter.
Sebenarnya sandiwara sebegini bukanlah serumit mana pun.Angkat punggung dan blah!.Itu sahaja aksi penyudah.

Rabu, September 10, 2008
2
objek bertindak balas
Kepala yang separa bersepai.
Untuk apa lahir ke dunia?
Jangan banyak cerita.Itu aku dan kamu yang pinta.Kita semua yang beria-ia untuk keluar ke sini.Ke sini bagi memulakan pengembaraan gila yang menjanjikan sejuta erti.
Aku pasti,manusia memang akan sentiasa berkehendak dan berhajat dalam menempuhi hari-hari sebelum mati.Aku yakin,kita semua mempunyai impian dan cita-cita tersendiri selagi bernafas di permukaan bumi.
Masing-masing ada visi unik yang mahu dilakar kendiri.Terlalu banyak perkara yang akan melintasi minda.Baik atau buruk,tinggi atau rendah,kuat atau lemah,tepuk dada tanya selera.
Manusia boleh dibeza secara biologinya.Apatah lagi kandungan sulit yang berpengkalan di dalam gua.Usah berhenti untuk melukis harapan selagi jasad dan roh masih bercinta.Essay atau karangan tanpa noktah memang mustahil dapat markah penuh.
Visual.
Maut.
Deepset - Every instance in time is a journey of hope menceritakan segalanya . . .

20080909
Dedikasi hari ini.
Penipuan indah,
Bagaimana meniup lilin di kota London?Lokasi menjamah ketupat sudah dikenal pasti?
Anyway,we've all missed last year's party.Bukan mudah mahu lihat anak angkat Thom Yorke mabuk RnB.Apatah lagi mendedahkan dada yang miskin bulu-bulu eksotik.Tak sesssssssuai.
Kepada Hirzi Iskandar,Nabila Aina dan Nazmin Nasha,
Selamat berperang meneruskan tradisi gemilang warisan turun temurun.Semoga tabah membulat jawapan dan mengisi ruang-ruang kosong.Kalau cemerlang,nanti boleh masuk asrama.Dijamin jadi malaikat.
Dah,I nak berdengkur.

Selasa, September 09, 2008
0
objek bertindak balas
20080908
Dunia ini terlalu padat dan ketat.
Berapa kerat daripada kenalan dan manusia di persekitaran aku sekarang yang masih belum pernah ditunggang dan menunggang ?
Aku yakin bilangannya boleh dihitung dengan jari.Tak perlu sorok dan tak perlu malu.Halkum mahupun payudara,semuanya setara dan sama rata.Modenisasi memang tak pernah pilih kasih.Peradaban manusia akan sentiasa diperbaharui mengikut peredaran zaman.
Peranan dara ataupun virginity mungkin tidak sehebat dan klasik lagi berbanding 50 tahun terdahulu.Untuk segelintir wanita,ia bukan lagi piala berprestij untuk dipertahankan.Baik yang bertuduh labuh sehinggalah ke golongan kelab malam tanpa coli yang sering menjadi mangsa manusia-manusia prejudis.
Justifikasi external sudah agak lapuk untuk digunapakai di zaman menunggu langit runtuh ini.Jika kamu tutup rambut sambil tayang g-string,agak lucu jika kamu berlaku sinis terhadap golongan tak cukup kain tapi kenal tikar sembahyang.
Buat kaum lelaki yang kononnya mementingkan kesucian si bakal isteri,jangan cepat melatah sekiranya cadar malam pertama kamu tidak basah dengan darah,lebih-lebih lagi jika kamu sendiri pernah merasakan kenikmatan bersetubuh sebelum membina masjid.Anggap sahaja karma telah menunjukkan kekuasaannya terhadap kehidupan kamu.
Akal dan nafsu dipisahkan melalui satu jambatan.Pilihlah yang mana kamu suka.Itu hak setiap individu.Kamu,untuk kamu dan aku,untuk aku.
Belum tentu lagi kita semua akan berjiran nanti . . .

Isnin, September 08, 2008
4
objek bertindak balas
20080904
Tiga puluh satu ogos.
Menjelang detik sambutan hari paling bongsu dalam bulan ogos,pemuda-pemudi metropolis yang hampir kesemuanya menyarung jersi kugiran kegemaran masing-masing galak berguling diselangi gelak tawa akibat obsesi terhadap wira-wira televisyen di zaman kanak-kanak.
Tindak tanduk yang hanya diperhatikan begitu sahaja oleh saki baki makanan yang terselamat daripada berkampung di dalam perut.
Malam makin hanyut dibawa waktu.30 minit sebelum hari seterusnya,seisi rabak sampai ke penghujung.
*
Berkat kata sepakat,maraton filem bermula.Ahli jawatankuasa makanan ringan dilantik untuk menambah perisa.
Tiada kesesakan lalulintas yang perlu dihadapi dan bebas daripada sebarang komitmen terhadap parti-parti yahudi.Mungkin juga sudah lali dengan pertunjukan bunga api.
Marc Foster memang babiiii!
Sekali imbas,31 ogos kali ini agak tenggelam dan samar.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas.
Sigh.
Barangkali gara-gara Permatang Pauh dan trend terhangat yang nampaknya makin sebati.Ya,sumpah laknat memang in thing hari ini.

Khamis, September 04, 2008
2
objek bertindak balas
Situasi cemas yang beransur terkawal.
Adat.
Sesuatu yang bermula pasti akan diseru noktah.Perhubungan yang berusia hampir setahun lamanya telah berakhir.
Hanya tinggal kenangan.
Bermula dengan contengan-contengan bosan dan kemudiannya diekstrak menjadi meditasi dan percutian dalaman yang sudah semestinya mendewasakan.
Satu cubaan alih tumpuan terhadap objek-objek tajam yang agak membuahkan hasil.Mutual understanding juga berkesan.
"Kenapa beralih?"
Kontrak sudah tamat.Maka harus segera dipusarakan.Segalanya akan kekal sebagai sirah diingatan.
Dan yang ini?
Hadiah ulangtahun kelahiran daripada aku,buat aku.Exaggerate?Apa aku kisah.
Hijrah!Pindah!Nyah!

20080902
Peralihan kuasa.
Selamat bersara Pintu Kecemasan.
Lakaran dan cakaran oleh
Melodilusi
yang bertarikh sekitar
Selasa, September 02, 2008
1 objek bertindak balas
Langgan:
Catatan (Atom)