20081202

Awas,lantai licin gila babi.

Di kaca televisyen dan di atas kertas,majoritinya segala konflik dan masalah akan dijodohkan dengan happy ending pada garisan penamat.

Fiksyen memang begitu.Manusia punya kerja,segalanya boleh jadi seronok,boleh puaskan hati semua orang,boleh cetuskan perasaan yang lazat-lazat.

Pembohongan secara tidak langsung.

Dan kadang-kadang penipuan itu disedut sedikit demi sedikit ke dalam kepala dan kemudiannya diekstrak oleh hati.Jadi,diluar sedar,ada waktunya kaki kamu tidak lagi berpijak pada bumi.

Kamu lupa untuk membina jambatan di antara realiti dan dongeng-dongeng ciptaan manusia sendiri.Salahkan itu,salahkan ini,tak puas hati sana,tak puas hati sini,maki takdir,caci situasi.

Mana adil.

Dan disebabkan itu,wabak yang menjangkiti kamu akan lebih rakus merebak dan mengakibatkan otak menjadi benak.Kamu lari dari penjara masalah,kamu salahkan nasib yang menimpa,kamu cipta dialog kasar dengan tuhan.Hakikatnya,kehidupan ini tidaklah sesukar yang dijangka dan tidaklah semudah yang disangka.

Jadi nasihat aku,kurangkan lah menonton telenovela/sinetron/akasia atau membaca novel-novel cinta pasrah terutamanya yang murah.Tak lupa juga,kuatkan semangat untuk berhenti membeli komik-komik yang mungkin berjudul Budak Getah.

Takut nanti cedera parah.

4 ulasan:

bokbon berkata...

"Jadi nasihat aku,kurangkan lah menonton telenovela/sinetron/akasia atau membaca novel-novel cinta pasrah terutamanya yang murah.Tak lupa juga,kuatkan semangat untuk berhenti membeli komik-komik yang mungkin berjudul Budak Getah."

haha..haha..ha..
nasib baik semua yang lu sebut gua tak minat.

Melodilusi berkata...

Bagus.

Same goes here,kecuali kalau ada kaitan dengan Maria Farida.

Lol.

Ameirul Azraie Bin Mustadza berkata...

"Tak lupa juga,kuatkan semangat untuk berhenti membeli komik-komik yang mungkin berjudul Budak Getah."\

Aku tak akan berhenti berimpian mahu jadi Raja Lanun Gold Roger!

Mari cari harta karun One Piece!

Rampas kapal MISC!

That's the beauty of fantasy though.

Melodilusi berkata...

Aku doakan kau berjaya.