Bila tengok budak-budak bawah umur berhimpun ramai-ramai main bola atas tar dengan berkaki ayam dalam renyai hujan,aku jadi cemburu.
Sambil hembus asap tembakau,aku layankan.
Seronok,penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan diikuti semangat setiakawan,jadi nakal dalam satu kumpulan.Dah macam pesta.Era hingusan yang telah lama aku tinggalkan.
Sigh.
Kalau ikutkan hati,memang menyampah bila aku tengok muka satu persatu.Wajah-wajah ceria yang bebas daripada sandiwara-sandiwara alam semesta.
Jauh daripada masalah-masalah yang kronik.Habis runsing pun mungkin sekadar memerah otak mencorakkan taktik-taktik kotor untuk memujuk bapa masing-masing membelikan Playstation3 dengan kad kredit.
Tak payah semak otak fikir pasal keadaan kewangan.Belum sampai tahap mandatori untuk mencongak kerjaya dan masa depan.Tak perlu bergelumang dengan kecelakaan jiwa akibat kecurangan jantina berlawanan.Apatah lagi,mahu sibuk-sibuk dengan politik longkang yang berleluasa sekarang.
Bebas,macam burung layang-layang.Otak dalam tengkorak yang masih virgin,masih bersih.Dan mungkin juga tiada paranoid dalam kamus mereka.
Bukan macam aku,minda sudah lobos.Lobos dengan macam-macam benda yang tajam dan melekit.Naik rimas kadang-kadang,tapi kontrak sudah sign,siap cop mohor lagi.Apa boleh buat?
Mahu tak mahu,memang kena hadap.Semuanya memang harus aku santap,perlu aku ratah.Tak kira dalam apa jua keadaan dan situasi.Dah macam jadi satu undang-undang.
Sumbat,sumbat dan terus menyumbat.Dan lagi,dan lagi,dan lagi,Yeahhhhh!
Akhirnya usus yang telah dipenuhi toksin dan racun mula buka mulut dan mengisytiharkan perang.
Bluueeekkkkkkkk.Bluueekkkkkkkk.
Muntah.
Muntah dalam format yang paling jijik dan ngeri.Lagi dahsyat daripada muntah perempuan seksi mabuk label hitam yang kemudiannya makan roti pisang bersama kari selepas menari.
If only i could be as cool as you kids.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan