20090313

Gangguan tidak rasmi.

Pejabat,jam 4 petang.

Macam biasa,jurutera-jurutera bukak bar dekat belakang.Teh,bukan air harimau,sambil sembang bab percaturan untuk tikam nombor malam nanti.

Aku bukan faham sangat pun,lain genre.Boleh lah nak angguk-anggukan kepala dan tumpang gelak.

.

Salah seorang daripada ahli puak yang baru saja duduk semula di kerusi selepas berguling akibat ketawa tanpa tapisan mula membebel.

"Blablablablabla macam ikan brutal"

Sidang,"Apaaaaaaaaaaaaaaaa?"

"Silap,ikan buntal"

Maka kerja-kerja mudah seperti menghabiskan saki baki air di dalam cawan dan menghayati asap nikotin secara bertamadun telah gagal aku lakukan.

Tiada ulasan: