20090325

Syair (7)

Nada Surf - Inside of Love
=]

Pulangnya masa hadapan.

20090324

Kadangkala tragedi dan kemalangan pun boleh jadi SEDAP,percayalah.



























































































































































Sindrom Stockholm dan maut di tujuh enam belas.

Awak cantik,ia benar.

Jangan beritahu mama tau.

Surat elektronik daripada bos.

Pautan 1

Pautan2

Yang benar
-Bos-

Kira-kira dua minggu yang sudah,

"Baik kau nikah cepat-cepat,nanti sengsara kau"

Hek eleh orang tua ni.

20090320

Misi memenjarakan seorang pencuri.

Rasa macam kena punggah balik kitab diorama yang dah berhabuk.

Ada perempuan panah aku.

Cis.

Sabar kejap.

20090318

Chill Pill.

Ada dua butir peluru yang tertimbus dalam kepala aku sekarang.Sibuk datang buat kacau,bikin onar.

Pertama,racun turun temurun untuk seekor jantan, tak lain dan tak bukan,perempuan dan lagi satu isi-isi dompet yang meronta-ronta untuk berhijrah,macam pelacur.Tak boleh jadi,aku mula naik rimas dan lemas.Kalau boleh aku mahu cungkil dan campak jauh-jauh dua butir peluru itu menjelang terbenamnya matahari esok.

Sebab aku mahu kelihatan sebagai seorang lelaki yang decent dan soleh lusa,presiden segala hari.

Jadi untuk tengahari ini,tiada apa-apa yang akan aku baham melainkan satu bar coklat dengan dahi yang berkerut.

Takda kongsi-kongsi!

20090313

Gangguan tidak rasmi.

Pejabat,jam 4 petang.

Macam biasa,jurutera-jurutera bukak bar dekat belakang.Teh,bukan air harimau,sambil sembang bab percaturan untuk tikam nombor malam nanti.

Aku bukan faham sangat pun,lain genre.Boleh lah nak angguk-anggukan kepala dan tumpang gelak.

.

Salah seorang daripada ahli puak yang baru saja duduk semula di kerusi selepas berguling akibat ketawa tanpa tapisan mula membebel.

"Blablablablabla macam ikan brutal"

Sidang,"Apaaaaaaaaaaaaaaaa?"

"Silap,ikan buntal"

Maka kerja-kerja mudah seperti menghabiskan saki baki air di dalam cawan dan menghayati asap nikotin secara bertamadun telah gagal aku lakukan.

20090312

Pengajaran minggu ini.

Jangan biarkan mesej teks kamu sesat di window yang mencurigakan ketika galak melayan khidmat pesanan ringkas.

Terutama yang melibatkan reputasi.Itu belum lagi yang berahi.Basah tilam nanti.

Multitasking konon.

Terlajak perahu boleh lah kalau nak undur.

20090307

Siri pengakuan lelaki lurus.

Well,I don't know but I just love kids,smart kids.

Batuk-batuk syaitan berkumandang.

Errr,and also tits,I meant smart tits.

Fitrah,and in the world of martians,who doesn't?Tak payah bohonglah kamu anak-anak adam.Aku cili mulut kamu karang.

Dah,jangan salah interprete.Pergi main jauh-jauh.

Selamat.

20090306

Plaster(s).

Manusia memang makhluk tuhan yang sentiasa bergelumang dengan harapan.Mana boleh sangkal,nafsu bukan macam peti besi,ada kunci.It's fuckin natural.Ikatan tali yang amat ketat.And true,there's a lot of circumstances that'll come up either to kill or lead you when dealing with all those clueless stuffs.

Kadang-kadang apa yang diharapkan sudah sangat hampir,sangat dekat,sangat rapat,tetapi malangnya disaat-saat akhir U-turn atau melencong dari sasaran.Dan kita semua,monyet-monyet sejagat akan kejar dan terus mengejar keinginan dan impian macam main polis sentri,berhempas pulas untuk merapatkan jurang agar subjek dapat digenggam dan ditumbangkan suatu masa kelak.

Itupun kalau cukup kental dan laratlah.

Macam semalam,beberapa minit sebelum matahari masuk kandang,apa yang aku alami teramatlah payau.

Dalam erti kata lain,sipi-sipi.

Takpa,hari ini masih ada.

Waktu makin sempit,barangkali juga masih luas terbentang.Dan tak payah terkejut atau menganga mulut kalau-kalau kamu sedar nanti bahawa ada diantaranya tak perlu sibuk-sibuk kamu kejar pun.

20090304

Fast forward dan penafian hak.

Time out.

Masa untuk bermesra dengan tembakau,Phillip Morris punya empayar.Jurutera-jurutera pun ramai yang tengah layan kemenyan di ruang belakang pejabat.

Dari jendela aras 35 menara konglomerat aku perhatikan darat.Rasa macam tengok semut-semut yang berselerak di celah-celah lambakan kotak.

" Jahanam dah bumi ni rupanya,jahanam! " aku kata.