20081016

Two,against the world.

Bila aku sunyi,aku akan cari fantasi.Dan bila jumpa fantasi,ia akan bawa aku jumpa yang seorang lagi.

Ia bawa aku jumpa wira.

Temujanji dengan wira memang seronok.Wira tak pernah mungkir janji.Dia pasti akan tunaikan setiap permintaan aku.Aku jadi kaya raya.Aku bertukar kacak dan segak.Aku tiba-tiba gagah gila babi.Aku jadi genius.Aku mampu buat itu,aku mampu buat ini.

Akulah yang pimpin tangan the girl next door semasa melintas jalan.Akulah yang selamatkan ekonomi dunia dari kehancuran.Akulah penulis buku yang terlaris dipasaran.Akulah trendsetter fesyen masa kini.Akulah pemegang rekod olimpik acara 100m balapan.Semuanya aku.

Wira baik hati.Dia kenalkan aku dengan seorang perempuan tinggi berkaki tirus.Atas sampai bawah,luar dan dalam,semuanya indah.Pandai wira pilih.

Wira
memang pemurah.Dia hadiahkan aku rumah besar tepi tasik dimana halamannya penuh dengan segala macam syurga dunia.Terima kasih wira.

Masalahnya,setiap kali jumpa wira,waktu ikut sekali.Sibuk mahu menyelit,tak reti duduk diam.Aku naik meluat.Mahu halau,tak sampai hati.

Tapi hakikatnya,kami memang tak boleh jumpa lama-lama.

Nanti aku rosak.



Hanya fantasi yang mampu menjadikan seseorang itu wira.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I REALLY like this one.

You've got a literary talent. Who would've thought =)

Melodilusi berkata...

Wowwwwwwww.

What a wonderful world.It's just a simple mind brickgame.