20081011

Katakan taknak.Nanti kena samak.

Aku memang takut dan cemas bila terserempak dengan anjing.Sifat rasmi daripada kecil.Semulajadi.

Anjing yang aku maksudkan di sini adalah daripada spesies yang buruk-buruk.Yang banyak kudis,liar dan pandai berdikari.Warna hitam lagi aku anti,evil sangat.

Kalau saiz setakat dua kali ganda kucing tiada masalah.Selalunya yang comel-comel dan agak branded.Beranak dalam shopping complex.Tapi ada juga yang sama tinggi dengan aku,biasanya bijak dan dengar cakap.Oleh itu aku masih rasa selamat.

Makan,minum,main judi,jakuzi,tidur semua di rumah.Syampu lebih mahal daripada facial wash aku.Hujung minggu,parent akan bawa ronda-ronda,dekat leher ada tali.Tali yang juga berfungsi sebagai surat beranak.Johny,Marie,Sally,macam-macam lagilah.

Suka aku tengok.

Berbalik kepada spesies yang liar dan berdikari tadi,mereka ini bagi aku keji.Suka berpuak-puak dan jarang mandi.Setiap kali aku dihampiri,aku mula rasa macam babi.Aku tiba-tiba jadi gabra dan aku tak perlu terangkan mengapa.Rasa seperti diekori dan diperhati.

Jadi perempuan,kalau kamu jalan berduet dengan aku di lorong-lorong yang memungkinkan kamu dan aku berhadapan dengan situasi babi,tolong steady dan lupakan hasrat untuk curi-curi sembunyi dan berlindung dibelakang aku.

Sebab sebenarnya yang disebelah kamu itu bukanlah lelaki,bin sudah tukar binti.

Bocor rahsia.

11 ulasan:

Unknown berkata...

ako x phm laa man...ko dah jadi bapok ke ape?tukar binti plak...

Melodilusi berkata...

Kau ni tak faham kiasan langsung lah.

Bikin onar.

Btw,walaupun kau raya dekat melawati,tak payah perasan kau adik ipar zharif tau.

s a L o m a berkata...

Orang kata,lagi kamu takut lagi babi nak dekat.taktau betul ke tak..

Haihh..hilang macho. :)

pjoe berkata...

alolo
comel je
*komen aku bila jadi binti

Anasir berkata...

kamu prejudis, bias dan pilih kasih..

Johnny kamu suka, Ravi kamu benci..

Mereka juga 'anjing' macam kita!

Fiziy berkata...

dulu mak aku pesan mase nak pergi mengaji, baca surah al kafirun ke apa kalau ada anjing ikut. tp aku dah lupa!

Melodilusi berkata...

Pramugari - I know.Tapi,coolness tak boleh nak buat-buat.

Takpalah,hilang sekejap je.Redha'

Pjoe - Gila apa nak jadi binti,aku selesa jadi bin.

Anasir - No,i'm not.Kalau anjing tu nama Tuah pun aku tetap menyampah.

P/S:Dalam lif flora banyak nama Tuah mat.Kenal siapa?

Fiziy - Terima kasih.

Anasir berkata...

salman, tuah itu lelaki murahan.

Saya lagi suka 'bear' si beruang. Dia tak kacau orang!

Melodilusi berkata...

Oh,yeke?

Bear pun ada?Siapakah gerangannya?

Tanpa Nama berkata...

OMG! This has totally happened to me before! And I was with an ex boyfriend! Rela dia tinggalkan. What a pussy.

Melodilusi berkata...

Really?

Kinda cute ex boyfriend.

Poor you.The same goes here,but for fuck sake,i'll overcome that fuckin fearness to be the ultimate adam.

In certain circumstances.

Here comes.

qxhdnf*vndlhtpln#jqxndns.