Pangkat,darjat,kuasa dan kedudukan.
Itu semua satu bonus dalam kehidupan.Bukan semua bayi yang baru keluar dari rahim dapat tinggal di istana.Bukan semua orang pernah pakai Hall Mark dan OshKosh B' Gosh di zaman kanak-kanak dan bukan semua orang pernah naik bas Intrakota pergi kerja.
Jika direnung balik,tuhan memang cantik.Apa bakal berlaku kalau semua umat dibiarkan sekata?Pasti dunia ini jadi hambar.Tiada istilah kuli batak,tiada gelaran dato'/datin dan tiada bangunan Oxford dan Harvard.Boleh kamu bayangkan?
Malaikat duduk goyang kaki.Maklumlah,selalu off duty.
Seperti yang aku kata,tuhan itu menarik.Dia pastikan bumi ini seimbang walaupun secara zahirnya nampak tunggang langgang.
Disebabkan bonus yang tuhan berikan,manusia yang terpilih cepat rasa selesa.Mudah sangat mendabik dada.Tapi,bukan semua.Ada juga yang masih ingat bahawa semua manusia masuk dan keluar melalui tanah.
Biasanya,si penerima mukjizat akan lebih cenderung untuk memerintah.Jadi para mangsa adalah golongan yang di bawah.Dunia memang penuh dengan tangga.Tangga yang tiada penghujungnya.Aku atas kamu,kamu atas dia,dia atas mereka.Jangan lupa,susunan bila-bila masa boleh berubah.
Dimudahkan kisah,kalau kamu duduk di atas,ringan-ringan kan lidah untuk melafazkan perkataan "tolong" sewaktu perlukan yang bawah.Bukan susah sangat,hanya beberapa kerat,bukan pantun,tapi santun.
Sebab perkataan itu takkan pernah membuat kamu jatuh ke bawah,malah akan mengangkat kamu jauh lebih tinggi.
Kalau kamu mahu budi,jangan buang bahasa.Tak kiralah kamu siapa pun,suatu hari nanti kita semua akan sama-sama berbogel di padang tuhan.Disitu,kamu takkan kenal siapa aku.Begitu juga dengan aku,takkan pedulikan kewujudan kamu.
Oh,dan tiada karpet merah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kalau mahu budi jangan buang bahasa..
cantik!!
hidop..
seiring dgn x keharuan.
x heran lah.
Catat Ulasan