20081031

Seisi 10.

Hantu.

Prabayar 1+1+1+1.

Letih.

Tak larat mahu kira berapa banyak tablet yang sudah aku telan sepanjang dua minggu yang lepas.

Macam-macam warna,naik meluat aku.

Barli panas dan kelapa muda juga turut campur tangan dalam pergelutan dengan siksa.

Padan muka,siapa suruh banyak dosa.

Payment.

20081028

Tutup mata,kira sampai sepuluh,dan letakkan harapan bahawa segala masalah akan hilang.

Abang Bilik Gelap keluarkan statement gila,kalau aku perempuan,dia mahu jadikan aku teman wanitanya.

Mahu tahu kenapa?Pergi tanya dia sendiri.

Sayangnya,lekuk aku di leher,bukan di dada.

Dan terima kasih atas terjemahan kamasutra bersama perempuan USJ yang aku persoalkan kepada beliau.

Mimpi,bukan betul-betul.Sekali lagi aku ulang,

Mimpi.

October lullabies.

Everclear - Wonderful
Sara Bareilles - Gravity
Doves - Snowden
The Verve - Sonnet
Polythene - Jupiter
Radiohead - Nude
Suede - Trash
Deepset - Every Instance in Life is a Journey of Hope
Rachael Yamagata - Be Be Your Love
Estrella - Ternyata
Laila's Lounge - Canda Yang Semalam
Mono - Finlandia
The Beatles - Hey Jude



Hati agar-agar,kerap senyum dihadapan monitor,ketidakstabilan hormon.Maaf,mental disorder.

Scene lama-lama semuanya aku sudah delete.

20081025

It isn't designed to anwer all questions.It's designed to question all answers.

Nose army.

Nose army.

Beef diaper?

Nomenclature.


Blablablablablablabla.


Blablablablablablabla.


Hoodwink scatter bark?Hasty landmine?


Ambassador jumpsuit landmine!

*


*


Secretary blindfold?

Mmmmm.Whale blanket.

Scratch pad horoscope
.

Hmmm.Chew bone.Rubber belly flesh frame.

Flesh frame jigsaw.Sneeze.?

Sneeze.

Smell sign.


Smell sign.



Wtf.

Alkali,asid dan ...

Kamu suka,atas sebab tertentu,kamu cakap kamu tak suka.

Kamu tak mahu,dek kerana hati yang satu lagi,kamu pura-pura setuju.

Kamu kurang selesa,bila ditanya kamu jawab sebaliknya.

Kamu mahu bicara,bila respon positif,kamu kata 'nothing'.

Kamu sundal,bila dalam sms kamu taip kamu solo.

Dunia ini sebenarnya penuh dengan pembohongan berbanding kebenaran.Tapi,tak semua lidah yang berdusta itu pisau yang tajam.

Hakikatnya,walau sehebat manapun pembohongan dan penipuan,kebenaran masih kekal champion.

Depan belakang,kiri kanan,penuh dengan makhluk tuhan seperti aku.

Aku penipu,dan aku juga ditipu.

Bukan aku seorang yang tumpang menetap di bumi ini.Banyak lagi jiwa-jiwa lain yang perlu aku ambil kira.Aku tidaklah selfish merata-rata.

Achtung.

Di suatu sudut dalam rumah,tersergam indah sebuah mini whiteboard yang dijadikan sebagai tempat ayahanda dan bonda menconteng kata-kata atau sebarang pengumuman yang mahu ditujukan kepada anak-anak.Doa,huruf-huruf nasihat,ucapan selamat,etc.

Foyer.

Biasanya,yang akan ambil peduli isi kandungan ruangan itu setiap hari adalah si bongsu dan abangnya yang nombor tiga,kedua-duanya masih belum cukup umur,masih lagi ditapis TGV.Lagipun,target reader memang mereka berdua.

Yang besar-besar,selalunya buat endah tak endah.Sudah matang serta kenal hitam dan putih.Jadi tak banyak yang marker pen dapat bantu.

Aku jarang ambil kisah sangat tentang update-update yang dicoret.Tapi,tiga empat hari lepas,sengaja aku jenguk.

Tahu apa?

"MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!!"

Ya,aku seorang perokok,dan setahu aku,dalam rumah ini hanya aku seorang yang rajin beli cricket.

Anyway,tiada update terbaru yang dapat dikesan di papan putih sehingga hari ini.Lamanya bertahan.

*

Boikot aku besar-besaran apa?

Halusnya.

20081016

TRVSDJAM

Kepada new age punkrocker yang meminati kugiran nakal kelip satu lapan dua,cuba luangkan masa untuk menikmati hasil karya pemain kompang kesayangan kamu di sini,pakatan kejam bersama Adam Goldstein.Serius khayal.

Teringat zaman curi-curi merokok di jamming studio dengan beruniform sekolah satu ketika dahulu.

Haih.

Syair (4)

Biarkan kesakitan itu kekal sebagai suatu sejarah.

Teruskan melangkah,lupakan menyerah.

Mew - She Came Home for Christmas

Two,against the world.

Bila aku sunyi,aku akan cari fantasi.Dan bila jumpa fantasi,ia akan bawa aku jumpa yang seorang lagi.

Ia bawa aku jumpa wira.

Temujanji dengan wira memang seronok.Wira tak pernah mungkir janji.Dia pasti akan tunaikan setiap permintaan aku.Aku jadi kaya raya.Aku bertukar kacak dan segak.Aku tiba-tiba gagah gila babi.Aku jadi genius.Aku mampu buat itu,aku mampu buat ini.

Akulah yang pimpin tangan the girl next door semasa melintas jalan.Akulah yang selamatkan ekonomi dunia dari kehancuran.Akulah penulis buku yang terlaris dipasaran.Akulah trendsetter fesyen masa kini.Akulah pemegang rekod olimpik acara 100m balapan.Semuanya aku.

Wira baik hati.Dia kenalkan aku dengan seorang perempuan tinggi berkaki tirus.Atas sampai bawah,luar dan dalam,semuanya indah.Pandai wira pilih.

Wira
memang pemurah.Dia hadiahkan aku rumah besar tepi tasik dimana halamannya penuh dengan segala macam syurga dunia.Terima kasih wira.

Masalahnya,setiap kali jumpa wira,waktu ikut sekali.Sibuk mahu menyelit,tak reti duduk diam.Aku naik meluat.Mahu halau,tak sampai hati.

Tapi hakikatnya,kami memang tak boleh jumpa lama-lama.

Nanti aku rosak.



Hanya fantasi yang mampu menjadikan seseorang itu wira.

Decepticon sudah bertaubat.Autobot pula yang murtad.Oh tidak,habislah jahanam bumi ini.

Kalau hanya sekadar duduk bersantai di rumah,tak perlu susah-susah dan terlalu meriah.Untuk aku,boxer shorts sudah memadai.

Sejuk,berangin dan bebas.Aliran udara yang kemas dan cukup untuk si dia bernafas.

Ibu memang kuat berleter.Mahu atau tidak,aku terpaksa dengar.

Ibu kata too sexy.

Overrated.

Gas pemedih mata.

Dunia memang begitu,

Jika dua bertemu tiga,lima atau enam sahaja yang dapat nama.

Kasihan lapan,macam tak wujud dibuatnya.

Dunia memang begitu,

Tatkala hati sedang berkabung,yang disisi hanya ada satu.

Mana hilangnya yang beribu?

Dunia memang begitu,

Malam benci siang,siang anti malam.

Kasihan subuh dan senja,mereka selalu jadi mangsa.

Dunia memang begitu,

Jahat,singkat dan padat.

20081014

Pengajaran dan tauladan hujung minggu.

Aku belum pernah lalu,jadi aku tidak tahu.Kebetulan,hujung minggu lepas aku terima wahyu.

Yang berbunyi begini,lebih kurang lah,

Sehari sebelum,sehari selepas,dan pada hari kamu melangsungkan pertunangan,matikan telefon bimbit kamu 24 jam.

Tahu kenapa?

Sebab kebarangkalian untuk menerima sms-sms pengakuan dan luahan daripada jantina berlawanan yang pernah,masih dan sedang menyimpan perasaan terhadap kamu adalah tinggi.

Bukannya apa,takut kamu semua termasuklah aku sendiri belum cukup kuat dan ketat.

Orang tamak selalu rugi.Ah,dusta belaka.Orang tak tamak pun selalu rugi apa?

So how?

Hentian rehat dan rawat.

Buat yang pernah menyinggah ,

Kamu indah.

Kamu darah.

Kamu dadah.

Kamu basah.

Kamu pengasah.

Kamu patah.

Kamu sejarah.

Sekarang,kamu dalam tong sampah.



*Earphone : Mono - Yearning*

20081011

Katakan taknak.Nanti kena samak.

Aku memang takut dan cemas bila terserempak dengan anjing.Sifat rasmi daripada kecil.Semulajadi.

Anjing yang aku maksudkan di sini adalah daripada spesies yang buruk-buruk.Yang banyak kudis,liar dan pandai berdikari.Warna hitam lagi aku anti,evil sangat.

Kalau saiz setakat dua kali ganda kucing tiada masalah.Selalunya yang comel-comel dan agak branded.Beranak dalam shopping complex.Tapi ada juga yang sama tinggi dengan aku,biasanya bijak dan dengar cakap.Oleh itu aku masih rasa selamat.

Makan,minum,main judi,jakuzi,tidur semua di rumah.Syampu lebih mahal daripada facial wash aku.Hujung minggu,parent akan bawa ronda-ronda,dekat leher ada tali.Tali yang juga berfungsi sebagai surat beranak.Johny,Marie,Sally,macam-macam lagilah.

Suka aku tengok.

Berbalik kepada spesies yang liar dan berdikari tadi,mereka ini bagi aku keji.Suka berpuak-puak dan jarang mandi.Setiap kali aku dihampiri,aku mula rasa macam babi.Aku tiba-tiba jadi gabra dan aku tak perlu terangkan mengapa.Rasa seperti diekori dan diperhati.

Jadi perempuan,kalau kamu jalan berduet dengan aku di lorong-lorong yang memungkinkan kamu dan aku berhadapan dengan situasi babi,tolong steady dan lupakan hasrat untuk curi-curi sembunyi dan berlindung dibelakang aku.

Sebab sebenarnya yang disebelah kamu itu bukanlah lelaki,bin sudah tukar binti.

Bocor rahsia.

Iklaneka/serbaneka/boneka/eureka/seterika

Duit raya banyak kan?Jangan tipu.

Awal pagi sabtu,untuk kamu dan juga aku.

Pangkat,darjat,kuasa dan kedudukan.

Itu semua satu bonus dalam kehidupan.Bukan semua bayi yang baru keluar dari rahim dapat tinggal di istana.Bukan semua orang pernah pakai Hall Mark dan OshKosh B' Gosh di zaman kanak-kanak dan bukan semua orang pernah naik bas Intrakota pergi kerja.

Jika direnung balik,tuhan memang cantik.Apa bakal berlaku kalau semua umat dibiarkan sekata?Pasti dunia ini jadi hambar.Tiada istilah kuli batak,tiada gelaran dato'/datin dan tiada bangunan Oxford dan Harvard.Boleh kamu bayangkan?

Malaikat duduk goyang kaki.Maklumlah,selalu off duty.

Seperti yang aku kata,tuhan itu menarik.Dia pastikan bumi ini seimbang walaupun secara zahirnya nampak tunggang langgang.

Disebabkan bonus yang tuhan berikan,manusia yang terpilih cepat rasa selesa.Mudah sangat mendabik dada.Tapi,bukan semua.Ada juga yang masih ingat bahawa semua manusia masuk dan keluar melalui tanah.

Biasanya,si penerima mukjizat akan lebih cenderung untuk memerintah.Jadi para mangsa adalah golongan yang di bawah.Dunia memang penuh dengan tangga.Tangga yang tiada penghujungnya.Aku atas kamu,kamu atas dia,dia atas mereka.Jangan lupa,susunan bila-bila masa boleh berubah.

Dimudahkan kisah,kalau kamu duduk di atas,ringan-ringan kan lidah untuk melafazkan perkataan "tolong" sewaktu perlukan yang bawah.Bukan susah sangat,hanya beberapa kerat,bukan pantun,tapi santun.

Sebab perkataan itu takkan pernah membuat kamu jatuh ke bawah,malah akan mengangkat kamu jauh lebih tinggi.

Kalau kamu mahu budi,jangan buang bahasa.Tak kiralah kamu siapa pun,suatu hari nanti kita semua akan sama-sama berbogel di padang tuhan.Disitu,kamu takkan kenal siapa aku.Begitu juga dengan aku,takkan pedulikan kewujudan kamu.

Oh,dan tiada karpet merah.

20081010

Kempen.

Pilihanraya.

Disini,aku ingin menghasut.

Butir-butir calon :

Parti - Deepset

Manifesto - The lights we shed shall burn your eyes.

Album sulung mereka hanya tinggal 8 unit ditangan aku.Apa kata kamu semua habiskan?Track #6 memang mengancam.Aku tak bohong!

MYR15

53 minutes,6 tracks,4 boys crying and only one watching

On a label whose stable includes established post-rock practitioners I Am David Sparkle as well as the emerging talents of Amateur Takes Control, both from Singapore, not much space seems to be available for Malaysia's instrumental quartet Deepset to distinguish themselves from their peers. But anyone who unassumingly dismisses them as 'just another post-rock band' would have a lot to take back, if this debut full-length is anything to go by.

Luxuriously shaped melodies with key delay accompaniments, deep and solid rhythms, and unexpected structural movements will draw the listener into every second of their tracks. The multitude of textures present in every song also breaks any anticipated pattern, going from the subtlety of Mono and Explosions In The Sky to the euphoric energy of 65daysofstatic at the drop of a hat.

With their conscious decision not to repeat any riffs, the band likens the progression of each song to the unfolding of a story, where no scene is re-enacted. And for a genre that has been arguably over-explored, Deepset manages to successfully maintain this fresh edge to their sound.

- Syairazi -

KVLT Magazine
Issue 02

Peti surat ada disebelah kanan untuk sebarang pesanan.Apa lagi dikenang?

Death cab for cutie.

Aku baru balik dari sekolah.

Perlu jumpa Miss U,ada urusan sedikit.Kalau diikutkan hati,memang aku hendak elak.

Mana boleh.Aku terpaksa,kalau tidak aku binasa.

Bukannya tak mahu jumpa,cuma perasaan aku sedikit bergolak.Tak boleh buat apa.Memang silap aku pun,nak lari mana?Sebelum ketuk pintu,aku baca surah banyak-banyak.Dengan momentum yang ada,aku langkah masuk.

Apa nak jadi,jadilah.Aku tak kisah.

#bhgyv^hfvygvhb^vwdfvqjefqwgfvvfhbvhgugugy#sdrdgvhlkljd#trsasjmjkop!!!

gfytffdf*hdffregofblhm#jkpiphtewggf#ffazncjfbfysrwc^eltgpmlfidbwgbdsq!!!

*sgdvfm#gphmyutklqiw^gevfdxnvhfirbwfseqfog^hnhlhhlnm*^jluoupdnfhgf!!!

Rasakan.

Ya,bengang.Tapi masih dalam kawalan.Lagipun aku berstatus pesalah.Down is the new up.

Merah padam muka aku.Volume suara jadi perlahan.Jarum saat buat-buat lambat.Aku terima habuan.Azab lisan yang menyiat-nyiat organ dalaman.

Macam sial.

Mahu dijadikan cerita,Miss U berkongsi bilik dengan Miss T,pensyarah berketurunan cina paling panas dalam fakulti yang dalam kuliahnya,akan sebut nama aku tidak kurang daripada 10 kali satu seisi.Gurau kasar berpendapat yang Miss T mungkin sudah tangkap sama aku.Ah,jangan merepek.Tapi itu cerita lama,waktu dia jadi tutor aku dulu.

Tadi Miss T ada dalam bilik,baru selesai lunch.Jeans dan babytee.

Sebab itu aku malu.

Nota : Kami selalu terserempak di kawasan lif.

20081009

There will be an answer which is "let it be"

Persoalan memang takkan lenyap dalam kehidupan.Hari ini,semalam,minggu lepas,bulan lepas ada saja yang mencetus tanda tanya.

Tanya dan jawab sendiri.Dan lagi dan lagi dan lagi.Ada kala itu langkah yang bijak,dan ada waktu dalam tidak sedar semuanya hanya buang masa dan sia-sia.

Nafsulah yang selalu jadi punca,dan disebabkan mesin masa itu karut belaka,salah satu daripada format questionnaire kamu adalah Bila.

Bila?when?shen me shi hou?mata?quand?itsu?

Lihat sahabat lama pandu Mazda RX8.Hati yang terusik berbisik,

"Aku bila lagi?'

Usia baru 22 tahun.Titik peluh sendiri dan bukannya menangguk harta karun mak bapak.Tiada komitmen langsung dengan mana-mana multilevel business dan skim-skim untung cepat yang melambak-lambak sekarang.Sebab itu aku fired up.Jangan perasan bagus dengan aku kalau vios kepunyaan kamu daddy yang install.Nescaya aku akan gelak berintikan kahak.Teori global akan kata,nothing is impossible.

Mungkin boleh percaya.Tapi bila?Bila giliran aku?setahun?5 tahun?10 tahun?

Entah,aku tak tahu.Have faith!

Kecundang dalam arena cinta.Supersetia sangat hingga kena sengat.Kawan-kawan ajak menyundal,aku jual mahal.Sudahnya,aku yang melarat.Nasib baik ada kroni-kroni jahat yang naik ambulans datang kutip.Berbuih-buih mulut beri nasihat dan ayat-ayat keramat.Isya' sampai subuh dengar ceramah.Akhirnya keluar satu madah yang berhelah,

"You deserved someone better than her"

Ya rite,memang!memang!memang!tapi bila?Esok?Lusa?Tulat?

Entah,aku tak tahu dan sangat malas mahu ambil tahu.Have faith!

Angan-angan suatu hari nanti mahu terbangkan ibu dan abah ke Tanah Suci.Selalu sangat derhaka,apa salahnya menabur sedikit jasa sementara mereka masih ada.Cuci dosa,ambil bau syurga.

Tapi bila aku akan mampu buat begitu?

Entah,aku pun tak tahu.Have faith!

Sebenarnya,dalam kehidupan manusia akan sentiasa berkehendak dan berhajat.Itu semua sudah jadi lumrah.Ada yang makbul,ada yang awal-awal lagi sudah ditolak dan ada juga yang bakal diperkenan.

Jadi,sebagai seorang hamba kepada pencipta kita tidak akan terlepas daripada bergelumang dengan trivia yang bakal mencetuskan konflik dalam diri masing-masing dan bila terlalu asyik dan leka bersahabat dengan segala macam persoalan,alignment untuk jiwa akan terancam.Syukur apa yang ada,ambil krayon dan conteng masa depan.Yang lain,itu kerja yang maha.Jangan gatal-gatal tanya pada Dollah Badawi,Ramlah Ram mahupun Amber Chia.Mereka pun menduduki kertas yang sama macam kamu.

Belukar minda manusia terhad.

Sekali lagi,Deepset - Every instance in time is a journey of hope ada jawapannya.

*

Bila Radiohead mahu singgah Kuala Lumpur?1k?No biggie.

Entah,aku tak tahu.Have faith people.

Ada teropong?Aku nak intai esok.

Cheers.

Padan muka kau.Siapa suruh tidur dengan perempuan tanned malam tadi.Mujur cerdik.

"Where are you going?"

"I got paper"

"O yeah,good luck and have a nice death"

"Bloody bastard"

Perempuan tanned tersenyum sipu.

Run,run,run.

Potong.

Kalau diikutkan rupa paras,sudah layak untuk adegan berguling atas rumput di tebing-tebing bukit sekitar Delhi.

Rambut panjang mengurai,seksi habis.Pinggang,aku yakin tidak melebihi sukatan.Mata bukan main garang,sekali kelip rasanya boleh membunuh.Hidung tak payah cakap,memang eksotik.Kaki masih 50-50,belum cukup tirus,but still she looks good as well.

Duduk betul-betul menghadap aku.

Ok,aku layankan sahaja.Letih dan tak bermaya,galas beg berat macam ada batu.Aku manusia biasa,banyak dosa.

*

Tengok,

Aku dah potong markah.Lain kali kalau mahu belai-belai rambut dalam gerabak,jangan galak pakai sleeveless sebab nanti manusia keliling kamu semua akan buat satu kesimpulan mudah.

"Perempuan ni cantik,tapi rasanya tak pernah kenal pisau cukur.Mustahillah tak pernah masuk Watson's"

It's a big turn off.

Dan aku terpaksa cakap,

"Oh lord,forgive me for all my dirty sins and allow me to escape this fuckin box as soon as possible.I'm sick enough"

Panjang gila,and errrrr perming apa?Berapa kena?

To be honest,kalau kamu telanjang depan aku pun aku akan merayu agar kamu pakai semula baju.Trust me.

Girls,take note.At least be more compassionate,I beg.

Young thursday.

Switch on.

Penang Har Mee,tembakau British Amerika cap Hunter S.Thompson dan 3 in 1 versi mild dalam bikar ekslusif.

Suede - Thrash

Malam nanti mahu singgah bulan sekejap.Siapa mahu ikut?A cure for cancer is found.

Happy.

Eh,aku pergi bulan jalan kaki tau.Sila fikir dua kali.

20081008

Coming soon,KL-KB-Amerika.

30 Oct 2008.

"Budak Kelantan"

Aku ramai kenalan yang makan budu serta bencikan makanan pedas.Mungkin juga ada yang pernah menjadi makmum Nik Aziz tatkala sujud.Rata-rata mereka agak cool dan moden internally.Bahasa inggeris juga bagus dan memberangsangkan.Ada masalah?

Tokse"koya best" sangat.

Noktah.

Celaka punya Adolf Dassler.

Consortium Gazelle CLR Indoor

Consortium Kegler Super Original

Consortium APS Dragonfly


Inzal ! Inzal ! Inzal !

Aku ada sedikit task untuk kamu semua terutamanya yang diluar kawasan perairan Selat Melaka kerana aku yakin alas kaki yang jelita dan menggoda seperti dalam gambar di atas masih ralat dan malu-malu untuk mengunjungi Malaya.Kapitalis vs negara dunia ke tiga.Barriers of communication mat salleh kata.

Boleh kamu tolong riki dahulu?Terutama sekali yang berhampiran Munich,Dublin,London dan Tokyo.

Mr 33,kamu disenarai teratas manusia harapan aku,kerana dirimu begitu berharga.

Tindakan susulan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih daun terup.

Aku silap beri expression muka mungkin.Shit.

Kalau kamu ada uncle yang selalu menghabiskan waktu bachelor bersama kamu sebelum mendirikan rumah dan tangga memang seronok.Hubungan rapat dan akrab,macam rakan sebaya walaupun beza umur hampir 20 tahun.No wonder,sejak aku dalam buaian lagi kami sudah tinggal sebumbung.

Di zaman liga bolasepak semi pro dahulu,akulah yang selalu menjadi teman setia.Tapi waktu itu,tangan aku selalu dipimpin untuk mengelakkan berlakunya penculikan kerana belum keluar mani lagi.Naif dan terlalu comel.Well,sort of.

Biasanya Stadium Shah Alam sebab kami memang penyokong setia skuad merah kuning.Mahu lagi glam?The red giants.

Era pertengahan 90 an.Mehmet Durakovic,David Mitchell,Azman Adnan,Anuar Abu Bakar dan skipper pada waktu itu,Ismail Ibrahim.Luckily,setiap kali kunjungan kami ke stadium,Selangor kekal bersih tanpa kalah.

Tuah.

Olobunmi Adigun,Nascimento,Scott Ollerenshaw dan Alistair Edwards kadangkala sedikit menggugat.Tapi,kebiasaanya berputih mata juga.

Temujanji sama maksu pun aku mesti ada.Biasanya di Universiti Malaya,mahu durasi yang panjang sikit aku diseret ke Pulau Pangkor.On mesti on punya,win win kan?Aku rasa jika kisah cinta mereka dinovelkan pasti setiap chapter penuh dengan nama aku.

By the way,maksu memang hot.Tangga teratas dikalangan menantu-menantu nenek.

Hampir 15 tahun telah berlalu,peguam dan ekonomis sudah mencipta 4 orang sepupu.Yang nombor tiga aku jamin bakal jadi gorgeous dan menggiurkan dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.Prospektus yang sangat cerah,serius terboikkkke.Marion Caunter versi melayu,tak percaya tunggu.

Terus terang aku katakan,uncle aku memang seorang yang rock dan supportive.Jadi sehingga sekarang aku memang senang untuk bercerita dan berkongsi idea dengan beliau.Same goes with maksu.

"So what's next?"

"Nothing much.Internship hujung bulan insyaAllah"

"Blablablablablablablablablablablablablablablablablablablablablablabla don't think about marriage first.Just concentrate on yourself blablablablablablabla decent young man blablablablablabla.The world has already changed blablablablablablablablablablablablabla women blablablablablablablablablabla you can still get a wife at the age of 40.Am i right?Nah duit raya"

Peguam.

Salah interprate aku rasa.None of my concern.I guess that'll be my final destination,paksu.

20081007

Natalie (2)

Yes,there's love if you want it,don't sound like no sonnet my lord.

Take care and be a good girl.

Ok Kate Moss?

*wink wink*

Syair (3)

Takkan berubah sama sekali.

Mustahil.Tak usah bermimpi untuk memberontak.Batu bersurat yang hakikatnya tanpa disedari,tersirat.Kegilaan yang amat tulen.

Tak mampu dihitung dan tidak akan pernah tertanggung.Semuanya diluar bidang kuasa.

Tapi,

Tak salah kalau mencuba.Itu berani.Existence precedes essence.

Lagipun,kita bukannya dia . . .

Smashing Pumpkins - Stand inside your love

Action vs reaction.

Adinda yang paling hujung bila bercerita/merengek/bergurau senda dengan kanda-kanda atasan, memang akan gila babi exaggerate.

Action

4 :"Blablablablablablablablablablabla"

Reaction

Abang3 :"Menipu je awak ni.Ntah ape-ape.Bwekkk!!!"

Abang2 : MP3 player mode.

Abang1 :"Poyo!" (Konon awalnya malas nak ambil port)

Action2

4 : "Alah,Izi menipu ni pun untuk kebaikan korang jugak"

Reaction2

Abang3 : "Apsal?"

Abang2 : MP3 player mode.

Abang1 : (Diam,tapi curious hendak tahu jawapan)

Action3

4 :"Yela,sebab nanti bila kita semua dah besar tak senang kena tipu sebab dah biasa dengar Izi tipu,maknanya lagi peka dan sensitif la dengan pembohong"

Reaction3

Abang3 :"Ah,kecoh la"

Abang2 : MP3 player mode.

Abang1 : (Lidah kena solex)

Action4

Abang1 :"Izi buat apa tu?Homework?UPSR dengan PSRA dah lepas kan?Kerja apa lagi pulak?"

Reaction4

4 :"Hidup ni mesti lah kena ada wawasan along.Baru betul macamtu"

Action5

Abang1 :"Oh macamtu ye.Okkkkkkkkk.Nak along tolong tak?"

Perghhhhhh.Luka sial hati bila kena sekolah dengan budak sekolah.Adik aku librarian beb.

Macamana boleh lupa?

Sigh.



Index
PSRA=Penilaian Sekolah Rendah Agama.

20081001

Ketupat palat.

Dalam dunia ini,koleksi dosa dan perbuatan offensive kamu samada secara sengaja ataupun tidak lazimnya akan tertumpu terhadap,

Ibu.

Ayah.

Apa lagi?Selagi mereka masih ada.Nanti bila mereka sudah pergi,air mata darah takkan laku lagi.

Anyway,aku macam kenal suara khatib yang mendendangkan sajak di masjid pagi tadi.

Patutlah,

Bandmate aku di bangku rendah,kami vokalis berkembar pasukan nasyid sekolah di zaman debut album Raihan dahulu,Puji-Pujian kalau tak salah aku.Nombor 3 dalam zon beb.

"Kau ada tahi lalat dekat halkum,sebab tu suara kau sedap"

Aku buat muka bongkak.

Lama tak jumpa kamu Ustaz Syafiq.